Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Zareeth Zehra baru sahaja pulang dari VENDEOR FESTIVAL di MATRADE EXH CTR (MECC) hujung minggu yang lalu.
Persiapan demi persiapan telah kami buat sebelum menjejakkan kaki ke MATRADE.
Inilah persediaan yang kami buat untuk menyambut pelanggan-pelanggan yang tahu kewujudan kami mahupun yang tidak tahu. Mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu Apa itu Zareeth Zehra. Vendeur ini adalah pengenalan Zareeth Zehra bertujuan untuk mengenalkan produk kami kepada Umum. Ini kerana sebelum ini kami hanya menjual secara online.
Disini kami menawarkan pelbagai jenis BAJU KURUNG, KURTA & JUBAH rekaan tersendiri dengan Tawaran Harga Luar Biasa. Vendeur Festival bermula pada pukul 10.00 pagi, Sabtu ,27 Disember 2014. Kehangatan terasa pabila ramai pelanggan sudah menunggu dengan penuh sesak untuk menyerbu ke booth yang ada.
Surprise - Booth Zareeth Zehra telah didatangi oleh artis yang sangat dikenali, tidak perlu sebut namanya..biar gambar berbicara...
dan ramai lagi... Terima kasih kerana sudi singgah dan support booth kami.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua pelanggan yang telah menyerbu dan membeli item di booth kami.
Kepada pelanggan yang tidak menyempat singgah ke booth kami, kalian boleh melayari website kami di www.zareethzehra.my untuk membuat tempahan secara online, Tidak lupa juga like page kami di facebook dan follow kami di instagram: zareethzehra
wassalam...
No comments:
Post a Comment